Wednesday 30 March 2011 by hamzah ( cenderawasih) in

virus merah jambu...................

by Hamzah Muhamad on Sunday, February 13, 2011 at 10:02pm
Pernah tidak anda membuka komputer
hati, dan
menemukan sebuah virus yang
menganggu
program-program dan file-file di
komputer hati kita?
Virus yang bagaimana? Virus yang
sentiasa
membuatkan hati tidak tenang namun
suka dan
cemburu tapi cinta. Jika pernah, pasti
virus itu
virus merah jambu. Hendak tahu virus
apakah itu?

Virus merah jambu atau virus cinta
adalah salah
satu jenis virus ganas yang
mengakibatkan
penyakit hati pada diri kita, ia juga dapat
merebak
ke seluruh network tubuh dan sangat sukar
dihilangkan. Dari pelbagai kes yang
pernah
ditemukan, ternyata virus ini banyak
berlaku pada
usia-usia remaja sekitar umur belasan
tahun.
Lebih tepatnya virus ini banyak
menjangkiti para
remaja yang tidak mempunyai
sistem "firewall"
berupa software Iman.

Tapi survey juga ada membuktikan,
walaupun
para remaja tersebut memiliki software
Iman pun,
namun kerana jarang membuka file
C:ImanCintaIlahi.Exe atau file
C:ImanRajinibadah.doc yang berada di
dalam
paket software tersebut, maka akhirnya
remaja-
remaja tersebut terkena juga dengan
virus merah
jambu yang menjalar ke seluruh
komputer hati
mereka. Kebiasaannya ia akan bermula
dengan
penurunan iman secara berperingka-
peringkat.

Maka, jika sedemikian jadinya, apa yang
akan
berlaku seterusnya? Maka mulailah virus
ini
bekerja menganggu sistem, program-
program, dan
file-file kita dengan selalu menampilkan
gambar
syaitan yang tertawa lebar, gembira
melihat
kegagalan kita meraih keredhaanNya.
Namun
banyak juga yang suka dengan
kemunculan
syaitan tersebut. Pada akhirnya virus ini
membuat
pusat sistem otak syaraf dan akal mereka
menjadi "hang" serta tidak dapat
berfungsi secara
normal. Jika hal seperti ini terjadi, maka
virus ini
akhirnya dapat mengalahkan sistem otak
syaraf
dan akal yang kita miliki. Pada waktu itu
juga, kita
akan sentiasa menjadikan cinta pada
sesama
manusia sebagai nombor satu, dan
menjadikan
cinta kepada Ilahi sebagai nombor dua.

Tapi apakah itu semua dapat dicegah???
Bagaimanakah pula caranya? Yang pasti,
jawapannya ialah ya. Ianya perlu
dilakukan secara
berperingkat-peringkat. Pastikan
pertamanya anda
hilangkan dahulu file-file yang dapat
menjadi pintu
masuk virus ini, misalnya
file "cintadunia.exe".
Lalu masukkan disket anti virus yang berisi
file "syakshiyah.exe" yang akan
membersihkan
sedikit demi sedikit virus merah jambu
sampai ke
akar-akarnya apabila file tersebut
dijalankan. Jika
anti virus tersebut tidak berhasil, maka
anda perlu
menginstall kembali software "iman".
Anda juga
boleh pergi ke kajian-kajian yang
menawarkan
khidmat muat turun "installer iman"
secara
percuma. Atau anda juga boleh
membeli "disket
installer" berisi file "Aqidah.exe"
atau "Imankuat.doc". Jika sudah berhasil
diinstall,
pastikan komputer hati anda bekerja
dengan
normal kembali. Dan supaya tidak
terulang
kembali, maka seringlah membuka file
dakwah.exe dan ukhwah.doc agar hati kita
sentiasa jernih dan sentiasa bersih…



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Post a Comment